10 Pulau dan Pantai Terbaik Untuk Snorkeling di Langkawi

 Things To Do In Langkawi Island
Diterbit oleh Preciuos on 19 Nov 2024

Jika anda peminat menyelam atau snorkeling, anda pasti pernah mendengar bahawa Langkawi adalah salah satu destinasi terbaik untuk mendekati kehidupan marin. Langkawi mempunyai beberapa pulau terbaik untuk snorkeling dan menyelam, dengan setiap pulau menawarkan pengalaman yang unik. Berikut adalah beberapa cadangan pulau untuk menyelam dan snorkeling di Langkawi di mana anda boleh mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

1. Pulau Payar

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau payar

Pulau Payar merupakan salah satu lokasi terbaik untuk snorkeling dan menyelam di Langkawi dan juga dikenali sebagai pulau marin pertama dan tertua di Malaysia. Terdapat terumbu buatan dan kapal lama yang digunakan untuk membangunkan ekosistem terumbu karang. Di Pulau Payar, anda boleh berenang, snorkeling dan menyelam skuba.

Semasa berenang atau snorkeling di Pulau Payar, anda berperluang berenang bersama anak ikan yu, barracuda, ikan badut, ikan snapper dan ikan rama-rama. Semasa menyelam, lawati Coral Garden untuk menikmati pemandangan terumbu karang yang cantik.

Tempah tiket Snorkeling di Pulau Payar dengan Langkawibook!

Alamat: Kompleks EB Adina peksn Baru Baron Kuah, 07000 Langkawi, Kedah

Contact: 0133501205

2. Pulau Dangli

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau dangli

Source: pulaudangli

Pulau Dangli adalah sebuah pulau kecil yang terletak di utara Langkawi. Pulau ini terkenal dengan terumbu karang yang berwarna-warni dan ikan-ikan yang cantik.

Memandangkan ia adalah pulau kecil tanpa banyak kemudahan, anda perlu menyertai lawatan snorkeling berjadual. Anda juga boleh memberi makan ikan yang mesra manusia.

Tempah Pakej Langkawi Mangrove Tour selama 4 jam ke Pulau Dangli dengan Langkawibook!

Alamat: 07000, Kedah

Contact: +60 12-8084008 (Langkawibook)

3. Pulau Singa Besar (Lion Marine)

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau singa besar

Source: NaturallyLangkawi

Pulau Singa Besar, juga dikenali sebagai “Big Lion Island”, merupakan sebuah pulau yang terpelihara dan tidak berpenghuni, terletak hanya dalam jarak perjalanan bot yang singkat dari Pulau Langkawi . Walaupun namanya bermaksud singa besar, tiada singa di pulau ini. Nama tersebut diberikan kerana bentuk siluet pulau ini yang menyerupai seekor singa. Pulau Singa Besar juga merupakan sebahagian daripada Langkawi Geopark dan terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang masih belum terusik, kepelbagaian hidupan liar, serta suasana yang tenang.

Pulau ini menempatkan Lion Marine Park, sebuah kawasan perlindungan yang membolehkan pengunjung menikmati kepelbagaian biodiversiti marin dan daratan yang menakjubkan di Langkawi. Air yang jernih di sekitar pulau ini dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk aktiviti snorkeling, berenang, dan berkayak. Di bawah permukaan air, terumbu karang yang berwarna-warni menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan, landak laut, serta hidupan akuatik lain.

 Anda boleh mengakses pulau ini dengan menyertai Pakej Island Hopping Langkawi

Alamat: Pulau Singa Besar, Kedah

4. Pulau Beras Basah

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau beras basah

Source: Jue Lina

Pulau Beras Basah adalah antara destinasi popular untuk snorkeling di Langkawi. Ia hanya mengambil masa 15-20 minit perjalanan bot dari Jeti Awana Porto Malai. Air birunya yang jernih dan pasir putih yang halus menjadikan pulau ini lokasi yang menarik untuk aktiviti menyelam dan snorkeling.

Anda boleh mengakses pulau ini dengan menyertai Pakej Island Hopping Langkawi

Alamat: Pulau Beras Basah

5. Pulau Dayang Bunting

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau dayang bunting

Pulau Dayang Bunting adalah pulau kedua terbesar di Langkawi dan terkenal untuk snorkeling di Malaysia. Bukan sahaja snorkeling, tasik di pulau ini menjadi tempat untuk aktiviti seperti berkayak dan berenang. Pulau ini dikenali sebagai "Isle of the Pregnant Maiden" kerana bentuknya menyerupai siluet seorang wanita hamil. Semasa snorkeling, anda dapat melihat pokok bakau dan formasi batu kapur di sekitarnya.

Selalunya, pengunjung akan menempah pakej island hopping untuk ke Pulau Dayang Bunting. Perjalanan bot dari Jeti Kuah hanya mengambil masa 15 minit. 

Tempah Pakej Lawatan Kayak atau Pakej Jetski Langkawi di Dayang Bunting dengan Langkawibook!

6. Pantai Datai Bay

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi datai bay beach

Pantai Datai Bay, yang terletak di pantai barat laut Langkawi, terkenal dengan pasir putih yang bersih serta air laut yang jernih. Walaupun semua pantai di Malaysia adalah milik awam dari segi undang-undang, akses ke Datai Bay kebanyakannya melalui resort persendirian seperti The Datai Langkawi dan The Andaman Resort. Oleh itu, pantai ini kebiasaannya digunakan oleh tetamu resort sahaja.

Namun begitu, pengunjung yang bukan tetamu resort masih boleh menikmati keindahan Datai Bay dengan membuat tempahan makan di restoran atau rawatan spa di salah satu resort tersebut, yang biasanya membolehkan mereka mengakses pantai sepanjang tempoh lawatan mereka. Keindahan lautnya yang jernih dan pantai yang tenang serta kawasan cantik untuk terumbu karang dan ikan yang berwarna warni, Pantai Datai Bay merupakan antara lokasi paling menarik untuk snorkeling di Langkawi. 

Alamat: Jalan Teluk Datai, 07000 Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman

Resort Contact: +6049500500

7. Pantai Tanjung Rhu

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pantai tanjung rhu

Pantai Tanjung Rhu, juga dikenali sebagai "Cape Casuarina," adalah destinasi yang mesti dilawati untuk snorkeling di Langkawi. Dengan pemandangan yang menakjubkan dan air yang jernih, ia sesuai untuk menikmati kehidupan marin dari dekat.

Pantai ini juga terkenal dengan suasananya yang damai dan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang indah.

Alamat: 07000, Kedah

8. Pulau Segantang

pulau terbaik untuk snorkeling di langkawi pulau segantang

Source: Vivian Kuit

Terletak di barat Pulau Payar, Pulau Segantang adalah lokasi yang popular untuk snorkeling dan menyelam di Langkawi. Di sini, anda mungkin berpeluang melihat spesies marin besar seperti ikan yu karang, barracuda, atau ikan yu jururawat. Pulau ini menawarkan kedalaman menyelam sehingga 15 meter dan penglihatan bawah air yang jelas.

Alamat: Pulau Segantang, Kedah, Malaysia

9. Pulau Kentut Besar (Pulo Singha Kintut) & Pulau Kentut Kecil

pulau kentut langkawi snorkeling

Source: Pulau Kentut Besar

Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil merupakan dua pulau kecil yang terletak dalam gugusan Kepulauan Langkawi, Kedah. Kedua-dua pulau ini terkenal bukan sahaja kerana keindahan alam semula jadinya, tetapi juga kerana nama unik yang berasal daripada kisah legenda tempatan yang diceritakan turun-temurun. Pulau Kentut terletak berhampiran Pulau Beras Basah di bahagian barat daya Langkawi dan boleh diakses dengan menggunakan bot nelayan.

Pulau Kentut Besar menawarkan pantai berpasir putih dengan air laut yang jernih, menjadikannya tempat yang sesuai untuk aktiviti seperti snorkeling, berenang, memancing, atau sekadar berehat menikmati suasana pulau yang tenang. Pulau Kentut Kecil pula lebih kecil dari segi saiz, namun tetap mempamerkan keindahan tropika dengan pemandangan laut yang mempesona serta persekitaran semula jadi yang masih terpelihara.

Menurut cerita rakyat Langkawi, kedua-dua pulau ini dikaitkan dengan kisah perkahwinan antara anak Gunung Machincang dan anak Gunung Raya. Dalam cerita tersebut, pengantin lelaki dikatakan telah “terkentut” semasa majlis perkahwinan berlangsung.

  • Kentut pertama dikatakan telah membentuk Pulau Kentut Besar.

  • Kentut kedua pula membentuk Pulau Kentut Kecil.

Walaupun kedengaran lucu, legenda ini merupakan sebahagian daripada warisan cerita rakyat Langkawi yang mencerminkan unsur humor serta kreativiti masyarakat tempatan dalam menerangkan asal-usul tempat. Hari ini, Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil bukan sahaja menjadi lokasi menarik untuk diterokai semasa aktiviti island hopping, malah turut mencerminkan gabungan antara keindahan alam tropika dan kisah legenda yang menjadikan Langkawi begitu unik di mata pelancong.

Alamat: Pulau Kentut Kechil (Sea-Doo Island) dan Pulau Kentut Besar 

 

10. Pulau Bumbon Besar & Pulau Bumbon Kecil

Pulau Bumbon Besar dan Pulau Bumbon Kecil merupakan sebuah pulau kecil berhampiran Langkawi. Airnya jernih dan tenang dan memberi pengalaman yang menarik untuk snorkeling. Namun, tiada akses ditawarkan untuk ke pulau ini melainkan mengupah pemandu bot sendirian. Pulau Bumbon Besar juga menyediakan laluan mendaki untuk menikmati pemandangan pulau. Perjalanan bot mengambil masa hanya lebih kurang 15 minit dari Langkawi. 

Alamat: Bumbon Besar & Bumbon Kecil, Kedah, Malaysia

Kesimpulan

Kami harap anda dapat mencuba beberapa lokasi snorkeling dan menyelam di Langkawi semasa percutian anda yang seterusnya! Jika anda mencari agen pelancongan yang boleh dipercayai, hubungilah Langkawibook! Kami menawarkan Pakej Island Hopping dan Pakej Jetski oleh Mega Watersports untuk anda yang gemarkan cabaran!


 

Featured Post

Things To Do In Langkawi Island
06 Nov 2024

Things To Do In Langkawi Island
25 Oct 2024

Artikel Terkini

How To Get To Langkawi
20 Jan 2025

Things To Do In Langkawi Island
24 Dec 2024